Rabu, 30 Disember 2009

TAYAR PANCIT


Semalam akak cuti kecemasan sebab tayar keta akak pancit. Nak datang opis kang..lambat lak sampai dr Sentul ke Putrajaya. Hubby akak gi bawa tayar ke kedai untuk di pam...Dkt jam 10.00 pagi baru siap. Takkan nak dtg opis dh tengahari.. Tahu2 jeee lah jalan..kadang2 jem.. kadang2 ok.... Jadi akak amik cuti laa sehari semalam. Hari Isnin anak akak gi test motor... gagal laa pulak.. masa nak lalui jambatan... padahal dah berapa kali dah cuba belajar ikut jambatan... ishhhh.....2222 tak tahu laa bila nak lulusnyerr... Yang lain2 dah ok dah...lulus...bab lalui jambatan kecik tuee jee tak lulus.....agaknyer tak reti nak imbang badan kut... padahal akak pun kannyerr reti bawa motor.. asik menumpang jee kat belakang.. heheheh...

Kaksyura


Khamis, 17 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431


Salam Maal Hijrah untuk semua...
Moga tahun ini membuka lembaran baru yang lebih bermakna dalam hidup kita



Kaksyura

Selasa, 15 Disember 2009

KE JOHOR


Gambar nie akak amik di Danga Bay..tapi tempat2 tu masih dalam renovation. Kami sekeluarga (dalam 3 keluarga) lepak2 jap.. lgpun tempat tue masih basah lg..baru je lepas ujan.. Singgah jap tengok2 rumah limas johor...cantik2 semuanya... kami singgah minum .. tapi yg xsedapnyerr minta air panas....yg dptnyerr...air kurang panas...mak dan adik ipar akak xminum pun.... akak jee tukar ganti air panas yg betul2 panas.... baru laa sedap kaw2 punya.. heheheh... yang lain2 tue laak minum ABC...terima kasih laaahh yg tolong membayar air2 yg kita org minum semua niee...

Akak gi umah anak angkat mak di Bukit Saujana. Dia lahhh yg bawa kita orang semua gi pusing2 bandar Johor Bharu..tp tak semua...sbb akak dh nak balik dah petang tuee... Seblum tue dia bawa lak gi singgah di Angsana makan mee rebut tulang..dan otak2... sedapppp... lainkali leh laa singgah lgi...makan...nyum2222.... heheheh..

Adik akak sekeluarga dgn mak tido semalam di Johor. Pagi2 esok baru dia orang balik ke Perak. Tak singgah pun di Kuala Lumpur.. Sbb pagi2 esok lakk nak masak utk tempahan org.

zzzzzzsssssss........Layan jee laahhh pic niee.... :)


Kaksyura

Isnin, 14 Disember 2009

MELAKA


8.12.2009 (Selasa) dalam jam 11.30 akak dan hubby gi Melaka dan berjanji dgn adik di kampong tunggu di Pintu Gerbang Melaka (Kawasan Rehat berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia). Cadang nak sewa di situ tapi mahall laaa plak.... sbb nak bermalam pun semalam jee..lagipun pagi2 lagi nak pegi ke Johor lak...Jalan2... Jd kami sewa tak jauh dari Hotel Seri Malaysia.. satu kawasan yg ada lambang periuk hutan. Harga pun dalam RM120.00.

Yang tak bestnyer tue Bahagian Kaunter tempat pertanyaan.. apa ekk nak panggil..org jaga bahagian hadapan tuee... tidak berapa mesra alam...masam jee muka.... chek in...rehat2 jap..solat, makan2..yg dibawa bekal adik dr kampong...kami semua keluar semula mengambil anak di tempat mereka masing2 belajar. Mula2 tuee pegi amik anak adik pastu gi plak amik anak akak....Kami kuar ke Bandar Melaka...Jalan2...terus balik semula di Air Keroh..singgah tempat makan di Medan.. terus balik ke tempat resort yg kami sewa... Akak sewa 3 bilik.. rehat2...apa lg....dah penat..terusss tidur laa............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz heheheh.....

Pagi2 pegi breakfast...lepas jee bfast...antar kunci..terus kami ke Johor...layan jee laaa ekkkkk gambor nieee... :)

Kak Syura

Isnin, 7 Disember 2009

ANAK SEPUPU BERTUNANG


Hari Raya Haji Ke-2 anak buah bertunang. Dia nie anak yatim. Bapa dia (sepupu akak) dah meninggal dunia dah lama dah. Sekarang nie dia tinggal dgn nenek dia berdua. Nie akak sertakan pic dia masa bertunang. Tempoh bertunang tak lama. Dalam Bulan Februari 2010 tak silap akak laa...akan dilangsungkan perkahwinan. Mungkin 13 atau 14 haribulan agaknyerr.. Klu xder hal aral melintang..Insyaallah... zssssssss layan jee laa pic nie...

kaksyura


Jumaat, 20 November 2009

KEINDAHAN ALAM








Saje jee letak gambor mcm nie lakkk..sekali2 nak gak tengok gambor2 keindahan alam semula jadi terutamanya kehijauan tumbuhan, pemandangan di langit... menakjubkan sekali...bila direnungi semuanyerr ini.......menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan dan seharusnya kita menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah. SUBHANALLAH....

Kaksyura

Khamis, 19 November 2009

BABY COMEI


Yang nie cucu akak gak..anak angah (Ija) kakak kepada ecah. Baby ke tiga..semuanyerrr hero2 belaka. ermm... lebih kurang dah 3 bulan agaknyerr... bertambah2 laaa cucu akak... blum campur yg ada di kampong....

Klu ikut sebelah akak..cuma baru ada sorang jee cucu...blum ada bertambah lg....

Kaksyura

Rabu, 18 November 2009

ECAH BERTUNANG


7.11.2009 (Sabtu) Hari Pertunangan Ecah. (Anak Kakak kepada hubby akak). Tempoh dia orang bertunang dalam tempoh setahun. Lama gak tempoh niee...emmm.. Lagipun tahun depan adik bongsu dia nak kawin pada bulan Mac 2010 (Musim Cuti sekolah agaknyerr)..Insyaallah.. Yang bongsu niee nak wat di Kampong Parit, Perak.







Sori laa akak blurkan gambor tunang ecah.... lagipun lupa nak tanya.. bleh ke tak..letak gambor tunang dia niee...nnti kena marah...nayaaa makcik dia nieee... memandai2 jee makcik dia niee...ehheheheh..










Yang niee lak...gambor barang2 hantaran di kedua-dua belah pihak...







Layan jeee laaa yerr gambor2 niee...zzzzzzzzsssssssssss.. itupun klu nak tengok lerrr... heheheheh

Jumaat, 30 Oktober 2009

CUCU


Dua orang nie cucu akak..Mak dia plak anak saudara hubby akak. Depa nie ada 5 beradik. Tiga lelaki dan dua pompuan. Comeiiii... Sayang cucu atuknyerrr.... opah nyerr jugaaa...

KakSyura

CT & KARIM




Gambor nie anak saudara hubby akak juga. Pengantin lelaki anak kakak kepada hubby. Dia org nie pun jd model baju penganti untuk anak akak gak.. Jd akak amik lerr kesempatan amik gambor nie. Gambor pengantin di kampong Parit, akak xsempat nak amik.. sbb akak gi balik kampong di Teluk Intan, ada gak kenduri kawin... Gambor baju pengantin tue masa kat umah dia org..dan baju pengantin warna putih lak kat Tasik Titiwangsa..

KakSyura

MODEL



Yang nie plak jd model baju kurung untuk anak akak...Model ada 2..akak smpat amik sorang jee. Yang sorang lagi..lmbat sampai..xsmpat akak nak amik gambar sorang lagi.. Jd tunjuk sorang jee laaa yerr...
Ok..tak model niee.. hehehe... yang nie sebenornyer anak saudara hubby akak..Comel jee budakneyrr.. akak guna kamera digital biasa jeeee.

Kak Syura

Rabu, 21 Oktober 2009

GAMBAR PENGANTIN

Ini plak gambor pengantin perempuan anak sepupu akak. Ayah dia sepupu akak. Mak Ayah pengantin dengan Mak akak adik beradik.










Ini plak gambo adik lelaki akak tgh layan pengantin dan tetamu. Adik akak nie wat katering..

LAYAN JEEE LAA GAMBO NIEE


ini gambo malam raya ketiga di kg suami akak di Parit..Dia org wat bakar ikan malam tue... akak makan bihun sop jeerr..ikan bakar talapia akak xmakan..
ini gambo tgh memproses membakar ikan..

Selasa, 15 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI



Akak memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDuL FITRI kepada semua kawan2 akak.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kelebihan Ramadhan dan orang yang berpuasa

RAMADHAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadhan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadhan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadhan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadhan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadhan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadhan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

DALAM bulan Ramadhan, diam orang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

Sumber-Utusan Malaysia

KakSyura


Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN

SEMOGA PUASA & SEGALA AMAL AMALAN IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. AMIIN.

KakSyura


HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

LAGU-RAIHAN

Selasa, 18 Ogos 2009

GANGGUAN

Baru2 nie akak gi hantar anak akak balik ke tempat dia sewa rumah. Seblum tue dia dh citer dh kat akak n hubby tentang tidak keselesaan duk umah sewa sbb ada gangguan tiap2 malam. aritue dia citer kawan2 dia ada yg dah kena usik2..mcm kena gegar katil masa dh tido, lampu dh tutup, tp pasang semula..tak tahu saper yg petik suis. Kadang2 tue dgr org mencangkul, air dlm bilik air kadang2 terbuka sendiri, ketuk2 pintu. mcmana budak2 nie nak tido lena..klu asik kena usik mcm tue. Mood nak belajar pun xder....pagi2 gi kelas dh ngntuk. Cian lak akak tngok budak2 nie. Jd akak sekeluarga amik keputusan..pindah rumah cr rumah sewa yg lain.

Tp masih ada gk org yg tamak dgn budak2..nie. Dh la nak kuar rumah xdpt deposit lak.. kena tmbah duit ada laa... kena bayar hingga bulan 12 kata tuan rumah tue..klu tidak xbleh kuar. Ada satu family tuee kata..kita bayar jee laa..sbb kesian dgn org tua..dan takut lak nnti dibuatnyer anak2 kita nnti..katanya.. manalah tahu...dah puas berbincang org tua tue xmahu gak mengalah... emm..nk wat mcmn..bayar jeer lah. akak halalkan jee laaa apa yg akak dh bayar. Mungkin tuan rumah tue suka dpt rezeki mcmnie...

Alhamdulillah skg nie...buat masa ini laa..rumah yg anak akak sewa skg nie..ok laa katanyerr.. xder apa2..akak kata jgn tinggal solat.. malam2 sebelum tido..baca ayat2 suci dulu..amik wuduk sebelum tido.. xtau laa budak2 nie..ikut ke tak cakap akak. Mudah2an mereka nie selamat. Insyaallah.

kaksyura

Isnin, 17 Ogos 2009

PERTUNANGAN UDA



Yang nie plak anak buah sebelah suami akak. Mak uda nie kakak kpd suami akak. Dia nie anak bongsu. Kakak dia masih ada 3 org yg blum lg bertunang. Uda dh dulu dr kakak dia. Langkah bendul kata org2 tua dulu. Nampaknyer tunang dia nie kena laa antor 3 persalinan kpd kakak dia nie... Pertunangan nie dilangsungkan di rumah kakak sulong dia (Along Ina) di Taman Bukit Anggerik, Cheras, KL. Tempoh kata dlm setahun..

KakSyura

PERKAHWINAN MONA



Ini plak gambor anak jiran akak dulu masa dia org duk di BBS tp skg nie dh duk di kepong. Majlis ini diadakan di Masjid Wilayah Jalan Duta, Dewan Muslimin pada 8.8.2009. Hubby mona nie..adik kpd jiran akak skg nie. yg duk sblah umah mona dulu.. emm...xsangka..dh jodohkan...dtg umah kakak dia..berkenan lakk anak org sebelah... nie dikatakan jodoh.. Hubby dia org desa pandan, KL. Alhamdulillah...

Kaksyura

PERKAHWINAN INA




Baru2 nie kawan akak (Sarina) telah melangsungkan perkahwinannya di Tanjung Tualang, Perak. Akak xdpt dtg sbb ada urusan lain yg perlu diuruskan. Hubby dia org ipoh kerja sbgai guru. Kawan akak nie skg bertugas di PTPTN sebagai Pen. Peg. Sistem Maklumat. Dh lama akak xjumpa dia slpas dia berpindah ke tempat baru dr pejabat lama jalan duta. Alhamdulillah... dh smpai jodoh dia. Disini akak sertakan gambor kahwin dia.

kaksyura

Isnin, 10 Ogos 2009

KEHILANGAN

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diredhai Allah S.W.T. Al- Fatihah.....









Puan Norhapizah Binti Soh

Telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi (Ahad) 9 Ogos 2009 di Hospital Kota Bahru, Kelantan.

Kawan opis lama akak di jalan duta.

Isnin, 27 Julai 2009

SUNYI

Minggu sudah akak gi antar anak akak ke Melaka. Akak gi bermalam di Air Keroh (D'Village Resort). Satu malam RM100.00. Ok gak laa tempat tue. Cantik dan menarik wktu malam. Dia gi amik kos Multimedia Kreatif (Pengiklanan) selama 2 tahun lebih. emmm sunyi umahh..dah xder saper dah wat kawan gaduh2, gurau2, jerit2, melalak2 di umah..kadang2 tolong masak di umah, tolong watkan air minum.. tiap2 mlm call..tnya kbar. dah makan ke blum. dah solat ke. akak jiran sbelah pn terasa sunyi..dh xdengar dah sora anak akak...sori laa xder gambor lakk ms dia gi daftar.. xsempat nak amik..zzz layan jerr


KakSyura

Selasa, 30 Jun 2009

Mak Akak & Anak Akak....



haaa...nie gambor anak akak dan mak akak.. sajee jee letak kt blog nie. Nie laa anak akak yg namanyer dipanggil Syura ataupun Asyura. Sbb tue akak guna nama dia dlm blog nie. Klu maknyah dia panggil sblah hubby dia panggil KakYong atau KakLong. Nama sebenornyer lain lak...Bior jerr laa.kawan2 dia jer yg tahu. zzzssssssssss layan...

KakSyura