Jumaat, 28 Ogos 2009

Kelebihan Ramadhan dan orang yang berpuasa

RAMADHAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadhan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadhan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadhan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadhan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadhan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadhan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

DALAM bulan Ramadhan, diam orang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

Sumber-Utusan Malaysia

KakSyura


Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN

SEMOGA PUASA & SEGALA AMAL AMALAN IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. AMIIN.

KakSyura


HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

LAGU-RAIHAN

Selasa, 18 Ogos 2009

GANGGUAN

Baru2 nie akak gi hantar anak akak balik ke tempat dia sewa rumah. Seblum tue dia dh citer dh kat akak n hubby tentang tidak keselesaan duk umah sewa sbb ada gangguan tiap2 malam. aritue dia citer kawan2 dia ada yg dah kena usik2..mcm kena gegar katil masa dh tido, lampu dh tutup, tp pasang semula..tak tahu saper yg petik suis. Kadang2 tue dgr org mencangkul, air dlm bilik air kadang2 terbuka sendiri, ketuk2 pintu. mcmana budak2 nie nak tido lena..klu asik kena usik mcm tue. Mood nak belajar pun xder....pagi2 gi kelas dh ngntuk. Cian lak akak tngok budak2 nie. Jd akak sekeluarga amik keputusan..pindah rumah cr rumah sewa yg lain.

Tp masih ada gk org yg tamak dgn budak2..nie. Dh la nak kuar rumah xdpt deposit lak.. kena tmbah duit ada laa... kena bayar hingga bulan 12 kata tuan rumah tue..klu tidak xbleh kuar. Ada satu family tuee kata..kita bayar jee laa..sbb kesian dgn org tua..dan takut lak nnti dibuatnyer anak2 kita nnti..katanya.. manalah tahu...dah puas berbincang org tua tue xmahu gak mengalah... emm..nk wat mcmn..bayar jeer lah. akak halalkan jee laaa apa yg akak dh bayar. Mungkin tuan rumah tue suka dpt rezeki mcmnie...

Alhamdulillah skg nie...buat masa ini laa..rumah yg anak akak sewa skg nie..ok laa katanyerr.. xder apa2..akak kata jgn tinggal solat.. malam2 sebelum tido..baca ayat2 suci dulu..amik wuduk sebelum tido.. xtau laa budak2 nie..ikut ke tak cakap akak. Mudah2an mereka nie selamat. Insyaallah.

kaksyura

Isnin, 17 Ogos 2009

PERTUNANGAN UDA



Yang nie plak anak buah sebelah suami akak. Mak uda nie kakak kpd suami akak. Dia nie anak bongsu. Kakak dia masih ada 3 org yg blum lg bertunang. Uda dh dulu dr kakak dia. Langkah bendul kata org2 tua dulu. Nampaknyer tunang dia nie kena laa antor 3 persalinan kpd kakak dia nie... Pertunangan nie dilangsungkan di rumah kakak sulong dia (Along Ina) di Taman Bukit Anggerik, Cheras, KL. Tempoh kata dlm setahun..

KakSyura

PERKAHWINAN MONA



Ini plak gambor anak jiran akak dulu masa dia org duk di BBS tp skg nie dh duk di kepong. Majlis ini diadakan di Masjid Wilayah Jalan Duta, Dewan Muslimin pada 8.8.2009. Hubby mona nie..adik kpd jiran akak skg nie. yg duk sblah umah mona dulu.. emm...xsangka..dh jodohkan...dtg umah kakak dia..berkenan lakk anak org sebelah... nie dikatakan jodoh.. Hubby dia org desa pandan, KL. Alhamdulillah...

Kaksyura

PERKAHWINAN INA




Baru2 nie kawan akak (Sarina) telah melangsungkan perkahwinannya di Tanjung Tualang, Perak. Akak xdpt dtg sbb ada urusan lain yg perlu diuruskan. Hubby dia org ipoh kerja sbgai guru. Kawan akak nie skg bertugas di PTPTN sebagai Pen. Peg. Sistem Maklumat. Dh lama akak xjumpa dia slpas dia berpindah ke tempat baru dr pejabat lama jalan duta. Alhamdulillah... dh smpai jodoh dia. Disini akak sertakan gambor kahwin dia.

kaksyura

Isnin, 10 Ogos 2009

KEHILANGAN

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diredhai Allah S.W.T. Al- Fatihah.....









Puan Norhapizah Binti Soh

Telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi (Ahad) 9 Ogos 2009 di Hospital Kota Bahru, Kelantan.

Kawan opis lama akak di jalan duta.